Ramai bloggers dikalangan kita meletakkan Ads di blog masing-masing..yang popularnya sudah semestinya Nuffnang. Tidak juga ketinggalan Advertlets. Tujuannya pula hanya satu..iaitu menjana duit sampingan..namun bukanlah mudah seperti yang dikatakan. Masing-masing mempunyai identiti tersendiri untuk menjana wang ringgit ini. Namun blog yang mempunyai trafik yang tinggi sahaja yang dapat wang dengan cepat dan mendapat cheque (betul ke spelling?) tiap-tiap bulan.
Edisi siasat kini kembali lagi. Beberapa hari yang lepas saya dikhabarkan oleh pemilik blog Chakpong, katanya laman web Myheritage ialah sebuah laman web yang dimiliki oleh rejim zionis Israel. Hasil serbuan yang dibuat oleh pasukan Nikuve’s Diary terhadap laman web tersebut mendapati IP server mereka tidak dihoskan pada Israel (Data Center). Selepas beberapa jam kemudian, pihak kami menemu bual kaki tangan mereka, bahawa pemilik Myheritage ialah warga negara Israel. Selepas beberapa siasatan dibuat kami telah menemui beberapa bukti yang kami rasa cukup untuk membuktikan laman web tersebut dimiliki oleh Israel. Berikut adalah buktinya.. saksikan..
Hari ini merupakan hari pertama/kedua masuk bulan Julai apa yang korang buat yer? Nikuve lihat masing-masing ada ajer pekerjaan yang dibuat. Macam mana kamu pergi lihat transformers 2 Revenge of The Fallen? Ok ke tidak. Nikuve sendiri tidak lihat lagi cerita tu.. rasa tak tengok pun takpe =______-
Bagi yang tinggal area KotaBharu tu boleh saja korang tengok suruh saudara mara yang ada access ke internet, suro demo download di torrent. Tak semestinya kena ada panggung wayang untuk tengok movie ni. Walaupun Nikuve tinggal area yang ada kemudahan panggung wayang, Nikuve tak pergi pun… Malaslah pergi panggung buang minyak kereta..
Jangan tanya Nikuve cara-cara dia dah =____=”
Sempena nak masuk bulan Julai 2009 ni, apakata kita sama-sama ulangkaji posting yang bermanfaat yang saya post sebelum-sebelum ni. Mesti kalian tak pernah lihat lagi bukan? Kalau belum jom sama-sama ulangkaji…
Ada Apa disebalik web gambar terkenal iaitu Fotopages?
- Kamu semua WAJIB tahu apa disebalik fotopages ni, terutama yang buta IT..
Anak murid Israel web Gigya.com
- Kamu kena ambil tahu juga pasal web ni, ada beberapa widget flash yang linking ke web ini. Contohnya Hijriah Kalendar dari web Tripod tu.
Masuk hari ni dah berapa hari Nikuve buang chatbox yang diberi nama Shoutmix. Nikuve rasa tiada fungsi chatbox tu..ntah kenapa. Nikuve lihat setiap kali pengunjung baru yang melawat blog nih mesti ada aje tinggal mesej “tumpang lalu”, “Boleh kenal”, dan banyak lagi. Semua mesej yang di tinggalkan takde makna langsung!
Awas: ini merupakan pendapat peribadi, tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak. =____=”




